📘Bab 7: Ketentuan Bagi Orang Yang Tidak Mampu Lagi Berpuasa*

*🔅Al-Imam as-Sa'di* berkata, "Seorang yang tidak mampu lagi berpuasa kerana lanjut usia atau kerana penyakit yang tidak ada harapan sembuh, berkewajipan memberi makan seorang fakir miskin untuk setiap hari puasa (yang ditinggalkannya)."

*Hukum Orang Yang Tidak Mampu Lagi Berpuasa*

Orang yang tidak mampu lagi berpuasa ada dua golongan:

🚫1: Orang tua lanjut usia yang tidak mampu sama sekali berpuasa, atau merasakan beban yang sangat berat ketika berpuasa. Lanjut usia yang dimaksud di sini adalah yang belum mengalami kepikunan (nyanyok). Adapun yang telah nyanyok, sudah bukan mukallaf lagi.

🚫2: Penderita penyakit yang tidak ada harapan sembuh. Al-Imam Ibnu Utsaimin menerangkan bahwa hal ini berdasarkan diagnosis ahli medik yang terpercaya di bidangnya, atau berdasarkan keumuman yang terjadi bahawa penderita penyakit seperti itu biasanya tidak dapat sembuh.

*Ulama berbeda pandangan dalam menetapkan hukum bagi orang yang tidak mamp